Khamis, 20 Disember 2012

20th Dec12

Assalamualaikum,

Today is the last day working night shift. Overall, Ok larrr...since da belajar wat tugasan shift malam tapi agak susah sikit coz banyak report nak dibuat and sediakan. Otak pun kadang-kadang letih gak.mana taknyer tido pun kadang-kadang tak sedarkan diri. Ari Khamis nie aku offday. Tak ada ape2 plan lagi pun. plus, aku balik dari keje malam, So, tak banyak benda nak dibuat.

Ok lah....next time aku story lagi ek...... may Allah bless us....amin...

Rabu, 19 Disember 2012

19th Dec 2012

Assalamualaikum..

Alhamdulillah...bersyukur sangat2 coz dapat update lagi kt sini. Maaflah kali nie ambil masa terlalu lama sebab sibuk dengan tugasan harian. Sekarang dah tak keje kt Tune Hotel... Aku beralih arah ke hotel lain pulak. Kali nie biarlah menjadi rahsia kat mana aku mencari rezeki. So far keje aku Ok dan tak ada masalah. Cuma kena kerja keras untuk belajar benda yang baru pada aku. System hotel, suasana and etc. Boleh dikatakan setiap hari aku akan belajar sesuatu yang baru dan terpaksa belajar bersendirian sebab tak banyak masa diberi sebagai persediaan. Semuanya jadi bidan terjun. Secara tak langsung aku terpaksa persiapkan diri untuk melalui pelbagai karenah dan masalah yang bakal timbul. Hai....macam-macam hal berlaku kat tempat keje baru nie.. Betul-betul mencabar tahap kesabaran aku. Tapi bila difikirkan balik, semua nie ada kebaikan dan ada juga keburukan. Aku anggap semua itu satu cabaran dalam menjalankan tugas setiap hari. Pada aku, setiap hari aku akan belajar benda baru. Betul tak...??

 Dalam kesibukan, hati aku tak pernah lupakan adik-adik aku. Aku terlalu rindukan Ateh, Acik and Aai.. Ada kelapangan aku akan on FB aku dan tengok perkembangan adik-adik aku. Alhamdulillah, Acik da ada lesen and da kuarkan keretanya sendiri. Hasil titik peluh dia sendiri. Satu percapaian yang membanggakan aku dan satu kesyukuran kerana Allah dah makbulkan doa aku. Berkati lah adik-adik aku ya Allah...Sesungguhnya aku amat merindui mereka. Walaupun aku tau, adik-adik aku marah dan benci kat aku... takpe lah...Aku redha...Seandainya aku pergi.....biarlah mereka tak tahu.....Aku tak mahu diaorang tau kesedihan aku dan kepayahan aku lalui dalam kehidupan aku. Kalau boleh aku nak mereka tau yang aku terlalu sayangkan diaorang dan rindukan diaorang. Aku teringin sangat nak peluk adik-adik aku.... Allah saja yang tau betapa rindunya aku....
 Buat abang-abang aku....bukan aku tak rindu...malah aku maafkan ape saja kesalahan diaorang pada aku. Bukan aku tak nak menurut kata diaorang, aku tak nak diaorang fikir aku tak boleh berdikari... Aku membesar tanpa diaorang betul-betul kenal ape yang aku lalui... Akak dah lama maafkan Along, Angah and Ateh..Akak rindu masa kecil kita dulu...
 Kalau boleh, aku tak nak titiskan airmata aku lagi... tapi aku tau aku tak mampu menahan setiap kali aku berbicara soal adik-adik... hati mana tak rindukan keluarga sendiri. Walaupun adakala aku terlepas kata, tak bermakna aku marah.....adakalanya aku terlalu marah dan pendam perasaan aku terlalu lama. Orang persoalkan tindak tanduk aku....kenapa tak persoalkan tindak tanduk mereka??? Perlu ke??
 Sekarang nie, biarlah aku berjauhan dengan keluarga aku..... Aku rela seandainya ini jalan penyelesaian untuk elak kami adik-beradik bertengkar lagi... Aku rela menjauh...Aku rela pendam perasaan.... Tapi aku tak rela nafikan aku terlalu rindukan adik-beradik aku.....

Semoga Allah merahmati adik-beradik aku....kasihanilah mereka sepertimana Ibu dan Ayah kasihi mereka...

Amin....

Ahad, 12 Ogos 2012

12th August 2012

Assalamualaikum..


Alhamdulillah...bersyukur kepada Allah kerana masih lagi bernafas di buminya. dan bersyukur kerana berkesempatan merasai bulan ramadhan. Dah terlalu lama tak update blog nie kot. Hahahaha...sorry sesangat coz terlalu sibuk dengan kerja sampai tak ada masa untuk diri sendiri. Dalam erti kata lain, cuti pun ada memanggil... =_=

Buat masa nie boleh dikatakan baik dan kerja berjalan seperti biasa. Aku seperti rutin lama. Hari nie aku bertugas shift malam dan akan berterusan sampai minggu depan. Seperti biasa banyak benda berlaku tanpa diduga. Baru-baru nie, aku dapat kesan yang kereta kesayangan aku menjadi intipan org yang tak bertanggungjawab. Terasa seperti ada yang cuba mengambil kesempatan menjelang aidilfitri yang bakal tiba. Kereta aku diceroboh masuk!!!!!!!!!!!! Yang tak boleh blahnyer siap pasang air cond kereta tu..... HMMM..... ini da melampau.... Ari nie aku balik umah lewat dan sempat jugak lah aku mencari rumah baru atas faktor keselamatan. Alhamdulillah, rezeki aku bulan ramadhan nie, ada juga bilik sewa yang berdekatan dengan area rumah aku yang agak selamat. Kali nie aku pilih rumah teres. Parking pun ada, siap klo nak basuh kete pun boleh... Aku nie da larr lama tak basuh kete.... mau sihat aku lepas nie...huhuhu...

InsyaAllah, aku da berjanji dengan orang tu, genap bulan nie aku akan berpindah. Sekurang-kurangnyer bertindak awal sebelum terjadi ape2. Harap2 takde yang buruk terjadi. Aku sayang sangat kereta tu...tu jer lah satu-satunya peninggalan Abah n Mak pada aku..


Ya Allah.... selamatkan hamba Mu ini dan perlihara lah satu-satunya peninggalan orang tuaku. Amin

Isnin, 30 Julai 2012

30th July 2012

Assalamualaikum...

Syukur alhamdulillah...ari nie da masuk ari ke 8 berpuasa. ( tapi aku da 3 ari tak leh puasa coz aku terkena bendera merah...huhuhu....sedih). Buat masa nie aku seperti biasa dengan rutin harian aku. kerja dan terus bekerja. Masa rehat aku aku banyak habiskan masa di rumah sajer. Kebanyakkan masa aku terpaksa on Call 24 7 atas operation side.
 Sejak berada di jawatan baru, sedikit sebanyak aku terpaksa merubah beberapa perkara. Ada sesetengah perkara aku perlu tegas, walaupun aku sendiri tak berapa suka dgn cara aku sendiri. Tapi kerana tugas, aku sendiri terpaksa mengikut ape yang perlu. Aku cuba buat yang terbaik dalam setiap tugas yang aku lakukan. So far, aku masih lagi kekok dgn jawatan sekarang. Ambil masa nak biasa kan diri kot.... agak2 lar... Banyak benda aku perlu buat dan perlu dilaksanakan.
 Cabaran aku memang adakalanya terasa menjerat diri aku. Aku terpaksa berdepan dengan manusia yang berbagai muka dan perangai. Generasi baru terutamanya, mencabar kesabaran aku dalam membentuk sau pasukan yang kukuh. Buat masa nie, aku adakalanya meminta bantuan dari Akma, kawan dari batch yang sama dgn aku. Bukan aku tak boleh buat sorang, tapi adakalanya aku perlukan orang lain untuk support usaha yang sedang dijalankan.
 Bukan mudah untuk kita mendapatkan kepercayaan dan keyakinan orang lain. Terlalu banyak usaha yang perlu dilakukan. Baru-baru nie jer aku da dijadikan bahan. Memang menyirap darah bila mendengar or baca. Tapi kerana itu satu cabaran, aku sahut dalam diam. Aku memang tak boleh benarkan orang pandang sebelah mata kt pasukan aku. Aku tahu pasukan aku boleh buat lagi terbaik dari itu.
 Mudah-mudahan semuanya berjalan dengan lancar. Aku buat sebaik mungkin dengan tugas baru nie. hope semuanya baik-baik belaka.

Khamis, 26 Julai 2012

25th July 2012

Assalamualaikum

Alhamdulillah...sekejap jer da 5 hari kita berpuasa... Tapi aku untuk ari yang ke 6, aku kantoi.....ladies thing....arrghhhh....sabar jer lah...hurmmm.. Bersyukur sangat coz malam sebelum aku terkena tu, aku sempat bersolat sunat taubat. Alhamdulillah... walalupun aku sendiri tak pasti sama ada taubat aku itu diterima oleh yang Esa atau tak. Taubatku adalah ikhlas dari hati ini. Terlalu lama aku tinggalkan Dia, kini aku mencari cintaNya. Aku benar2 merasakan diri aku ini terlalu kerdil bila berada menghadap Dia.

Ya Allah...sesungguhnya aku tidak pasti samaada taubatku itu diterima atau tidak. sesungguhnya aku hanyalah insan yang lemah yang terlalu dambakan kasihMu. Sayu hati ini mengenangkan Mu... Pilu hati ini bila mengenangkan pengorbananMu pada ku. Aku benar2 alpa akan Mu.... akan kasihMu...
Ya Allah...Ampunilah aku..segala dosa yang telah aku lakukan sepanjang hayatku...sesungguhnya aku tidak layak di syurgaMu tapi aku tidak sanggup berada dalam nerakaMu.... Tiada apa yang aku mahukan selain dari KasihMu....dan CintaMu...
Kau berikan kasihMu pada ku umpama bulan jatuh ke riba... Aku terlalu rindukan Mu ya Allah...

Amin.

Ahad, 22 Julai 2012

Bulan Ramadhan - 2nd days

Assalamualaikum...

Alhamdulillah....bersyukur sangat2 coz bertemu lagi di bulan mulia nie...Bulan Ramadhan. Nie da masuk tahun kedua aku berpuasa tanpa Bonda dan tahun ke-3 tanpa Abah... Buat pertama kalinya juga aku berpuasa tanpa adik-adik aku. Takpelah. Aku redha....

Sesungguhnya aku bersyukur, sebab bulan ramadhan nie beri banyak kelebihan.. dan aku berharap aku diberi peluang utk meminta keampunan dan keredhaan dari Allah. Jauh dari sudut hati nie da terlalu lama tinggalkan kekasih nan satu itu. Aku terlalu ingin bersama kekasih aku itu. Aku sentiasa berharap dan berdoa, agar Kekasih aku ini memaafkan aku dan terima aku seadanya. Sesungguhnya aku tak layak berada di syurgaNya dan aku juga tak mampu menahan azab neraka Nya.

Aku tahu aku terlalu banyak memungkiri janji aku pada Nya. terlalu banyak aku berbohong dalam hati ini. Bukan niat aku memungkiri... terlalu alpa dengan dunia yang semakin mencabar akalku, membuatkan aku hanyut lupakan diriNya.

Ya Allah, maafkan aku jika masih ada ruang untuk aku di hatiMu....
Ampunilah aku jika masih ada waktu untukku merasakan KasihMu...
Permudahkanlah perjalananku jika ada waktu untukku mencari cahayaMu
Tiada apa yang aku inginkan selain dari Cinta Mu....
Dan tiada yang aku dambakan selain dari hidayahMu....


Amin.....

Sabtu, 14 Julai 2012

13th July 2012

Assalamualaikum..

hari nie aku keje mlm...dgn si hidayah...budak baru.... Seperti biasa dlm rutin harian aku bila balik dari offday... Keje aku kian jadi berlambak larr pulak...masuk jer keje terus nmpak memo dari white board...hahahaa...da mula keje pening kepala..huhuhu....

Si dia...hmmm....dia tak sihat..demam lar..cian dier....huhuhu....aku lak rasa risau coz dia ckp dia tak boleh nak makan nasi....makan 2-3 suap jer...muntah....tak pasal2 jadi cam aku...makan roti...huhuhu... cian kt dier..and aku rindu.....huhuu...da tu... da masuk bulan ke-2 aku tak dapat jumpe dia....hurmm....Rindunyer kat dia...

Selasa, 10 Julai 2012

10th July 2012

Assalamualaikum....

Hmm....Da lama aku tak update blog nie kan... Maaflah...aku kadang-kadang sering terlupa disebabkan tugasan baru aku terima sejak akhir2 nie. Terlalu banyak perlu aku perjelaskan dan didahulukan. Kerja sekarang, alhamdulillah...semuanya berjalan dengan lancar dan teratur walaupun adakalanya aku hampir rasa nak pecah kepala gara2 hidup ini tak cukup tidur...huhuhuu....selalu on call all the time..

Hubungan aku dan dia...setakat nie alhamdulillah...lancar dan selalu berhubung bila ada masa lapang. Dia sibuk dengan tugas dia dan aku juga begitu...namun semua nie tak menghalang kami selalu berhubung walaupun sekejap. Hati masing2 telah terjawab ....hehehe.... alhamdulillah...terima kasih Allah.... aku bersyukur atas rahmat Mu..... semalam terjawab segala persoalan. Dan aku happy sangat. Alhamdulillah dia juga berfikiran begitu. Tak tahu ape yang patut aku gambarkan rasa hati ini bila dia ada di sisi. Terima Kasih Allah...aku bersyukur akan rahmat mu.

Isnin, 18 Jun 2012

18th June 2012

Assalamualaikum...

Aku berharap semuanya berada dalam keadaan baik seadanya dan dirahmati Tuhan. Terlalu banyak berlaku dalam hidup nie. Semuanya berlaku tanpa diduga and pantas. Aku sendiri tak pasti samaada aku boleh buat or tak. On 15th June yang lepas, Manager hotel da umumkan yang jawatan GSS dah disandang aku n Akma.Hmm....da mula byk perkara berlegar kt kepala kitaorang....boleh ker bebudak nie terima. Aku sebenarnyer was-was dgn bebudak kat sini. Cam biasa lah...aku nk terima pun cam tercekik lar jugak...telan air liur memikirkan dugaan yang bakal menimpa....
 Tak semua benda boleh buat skelip mata, banyak benda lagi perlu belajar. Buat masa nie aku selesa dgn ape yg aku ada sekarang.. Memang lah aku bersyukur sgt2 dgn ape yg Allah kurniakan pada aku. Mungkin ini rezeki adik2 aku. n aku terima dgn hati yg redha.
Alhamdulillah n terima kasih Allah atas rahmatmu.
Amin...

Ahad, 20 Mei 2012

20th May 2012

 Assalamualaikum..

Hmm...hari nie aku da start cuti.. Tak banyak benda aku nak buat coz tengah bulan kan..so, fulus pun kena lah jaga... da 2 minggu jer lagi nak gaji nie ha...hadoi.... Lepas ke tak nie... Sabar jer lah.... Nie larr jadinyer kalo idup membujang kan...serba serbi kena cut cost. Bukan company jer kena cut cost tapi aku pun kena cut cost gak... Tapi nasib baik segala bil2 yang patut dibayar, aku da dahulukan. So tak larr pening kepala kan. Si dia lak balik ari nie kot... Aku sendiri tak sure. Semlm baru jer aku call dia, sajer tanyer dia wat pe... Rindu pun ya nie.... hhuhuhuhuhu... (ngada2 aku nie...ngeee... =p )
Cuti aku akan berakhir pada 23 ari bulan...and 24 ari bulan da start keje balik. Hopefully, balik dari rehat nie, aku dapat fokus lebih dalam kerja aku and kepala otak aku jadi bertambah clear bila jalankan tugas. Tak banyak aku harapkan dalam diri aku... Just cukup Allah dan dia temani aku dan terima aku seadanya.... Aku bersyukur sangat.... Amin...

Rabu, 9 Mei 2012

9 Mei 2012

  hurmm.... satu hari yang agak membosankan otak aku n bertambah semak sejak akhir2 nie. Nasib baik tak jangkit kt hati aku yg kian subur nie..... hhahahaha.... Muka tak cukup tido....juz dpaat 3 jam jer.. Hari nie kena lak keje pagi...memang mood agak tak berapa baik. Aku sendiri pun tak tau kenapa. Kadang-kadang tu nak jer tinggalkan kaunter nie n blah balik umah. Malas tahap gaban dah nie ha...namun kerana niat mencari rezeki....aku membatalkan hasrat yang tak berapa nak menjadi tu.
 Aku n dia....alhamdulillah....berjalan seperti biasa. sentiasa berhubung lepas waktu kerja....orang kata, pantang ada masa...masuk jer msg tu....hehehe... Sekarang nie aku da tak rasa kesorangan seperti dulu. Alhamdulillah...Allah bagi aku kesempatan ni sekali lagi. Dan aku berharap, ia adalah terbaik buat aku dan dia.. Amin.

Rabu, 2 Mei 2012

Selamat Datang Mei 2012

Assalamualaikum..

 Selamat datang Mei..... bulan yang penuh dengan seribu kenangan. Tak lama lagi genap setahun Bonda tak berasa di sisi aku. Setahun juga aku hidup berasingan dari adik beradik aku. Bukan aku tak mahu tinggal bersama tapi pengalaman lalu membuatkan aku berfikir banyak kali sebelum aku terima pelawaan mereka. Dulu, aku pernah terkena. Gara-gara tak memahami cara aku bekerja dan hidup aku, aku selalu dipandang negatif. Along pun pernah gak mengadu kat Bonda dulu. Kata aku nie selalu tak lekat kt umah...pulang keje lewat malam. Aku tak salahkan Along coz dia memang tak faham dan takkan faham aku. Kerja aku dan masa aku. Dia pun bukan pernah tanyer aku ape yang aku suke, ape minat aku or ape yang aku ingin dalam hidup aku. Yang dia tahu, aku nie menyusahkan orang. Ye larr... aku sedar diri aku nie siapa. Aku nie bukan adik kesayangan or adik yang boleh bawa keuntungan bagi dia. Sekurang-kurangnyer aku boleh berdikari. Walaupun aku hidup susah sekarang, tapi aku bahagia dengan kehidupan aku yang sederhana... Aku memang tak mewah macam orang lain. Aku bahagia dan bersyukur dengan hidup aku sekarang. Selama aku berjauhan, aku akui aku agak terasa tenang. Bila aku bersendirian, aku selalu berfikir... Bohong kalau aku tak rindukan adik beradik aku... Aku memang rindukan diaorang.... Cuma buka masa sesuai untuk aku berjumpa dengan diaorang.

 Aku berharap satu hari nanti adik-adik aku faham kenapa aku berjauhan. Aku tak mahu lagi bertengkar kerana benda remeh temeh bagi aku. Benda yang tak sepatutnya dijadikan isu menjadi perang besar. Hrmmm... Penat juga... asyik diri nie jer nak menjaga hati orang tapi hati kita takde sape nak ambik pedulik. Kita nie dok penat mencari rezeki utk survive leh lak kata kita wat benda lain. Aku da penat nak bersabar dengan situasi sekarang nie. Selama nie aku hidup untuk Bonda dan Abah....dan sekarang utk Tuhan dan diri aku sendiri. Sakit pening aku, diaorang tak tahu. Kalau boleh memang nak bagitau....tapi....hmm...malas lah nak cakap lagi....wat aku makan ati jer lebih.... Sabar jer lah.....

Jumaat, 27 April 2012

Richard Marx - Until I Find You Again

Kerinduan...

  Tak lama lagi nak masuk bulan Mei.. Dalam otak aku fikir hanya tertumpu pada satu perkara... Satu tarikh yang aku takkan lupa sampai bila-bila. Tarikh yang sepatutnya aku sambut dengan gembira, aku gantikan dengan tangisan aku... Tak lama lagi genap setahun Bonda tinggalkan kami. Bermakna da setahun aku hidup tanpa mendengar suaranya, ataupun merasa masakan bonda. Ya Allah... sesungguhnya aku amat rindukan Bonda dan Abah. Walaupun aku tak pernah berbakti pada mereka, aku tak pernah salahkan mereka atas ape yang terjadi pada aku sehingga kini. Aku akui, aku bukanlah anak yang baik pada mereka. Aku banyak susahkan mereka semasa mereka hidup. Aku sendiri tak pasti ape yang aku pernah buat Bonda dan Abah gembira semasa dengan aku. Walaupun Bonda dan Abah pergi tanpa tinggalkan sebarang harta, pada aku harta yang paling berharga yang mereka tinggalkan adalah kasih sayang mereka dalam hati aku. Harta benda aku boleh cari, tapi kasih yang mereka beri pada aku dari kecil sampai dewasa tiada pengganti.Tak ada siapa pun yang boleh menggantikan Bonda dan Abah... Sekarang... Aku sendiri tak tahu pada siapa aku nak menumpang kasih.... selain dari Allah... pada siapa aku nak berkongsi cerita... aku nak berkongsi dengan adik or abang aku....tapi aku tak mampu.... Aku tak yakin walaupun mereka adik beradik aku..
   Aku terlalu rindukan kisah lalu....

 Ya Allah...
Hanya pada-Mu aku berserah.... dan pada-Mu aku memohon..
Rahmatilah roh Bonda dan Abah... Tempatkan lah mereka dalam golongan yang terbaik disisi-Mu..
Sesungguhnya mereka insan yang paling mulia yang aku kagumi..kesabaran, keikhlasan dan ketabahan mereka walaupun sejuta kali orang lain menyakiti mereka... Kau telah berikan kebahagian kepada Bonda dan Abah.
Aku memohon...Kau berikanlah kebahagian syurgaMu kepada mereka...

Ya Allah.....
Aku terlalu rindukan Bonda dan Abah...


Amin....

26th April 2012

Hari nie aku keje malam... Da masuk malam ke 3 aku keje... Alhamdulillah.. aku sihat dan kehidupan berjalan seperti biasa. Rindu sangat kat adik-adik aku. Sejak akhir-akhir nie aku teringat sangat kat Azhar, adik aku yang bongsu. Sekarang dia da sambung belajar kat KLMU dalam bidang medical macam mana yang dia impikan dulu. Alhamdulillah... aku bersyukur sangat dia da dapat ape yang dia nak and aku berdoa semoga dia dapat ape yang dia nak dalam hidup dia. Adik, akak bangga dengan adik. Harap adik sentiasa dirahmati Allah and berjaya dalam hidup. Itu doa akak and akak tak pernah lupakan adik. Akak harap adik yang terbaik.
Aku? Seperti biasa...sibukkan diri. hmm....offday nie tak tau lak nak g mana... huhuu...si dia lak same jer cm aku...offday pun tak menentu...hahaha...padan muke masing-masing....huhhuuhu...hope bulan depan kami dapat offday yang sama. hmm...rindu pun ya...hahaha....kelakar lak aku nie...sekarang nie tiap2 hari bermesej...melekat jer hp kt tangan...hahaa....
Pepe hal.....kita tgk dulu jadual..... ^_^

Khamis, 12 April 2012

12 April 2012

Assalamualaikum....

Hi sume...... Alhamdulillah sekarang nie aku da sihat sepenuhnyer....berkat kesabaran n doa dari semua, aku da sihat kembali n da leh bekerja seperti biasa... Mmmm....sekarng nie...biasa jer sejak baik sakit. N antara aku n dia alhamdulillah....kami makin mesra... Semalam baru jer jumpe dia. Kebetulan cuti ari yang sama, so kami ambik peluang utk berjumpe. Lagipun masing2 rindu kan....hehehe...makin ngada2 lak aku nie.... wekk.... Seharian aku keluar dgn dia. Kami bertemu di KL Sentral and then g breakfast dulu sambil fikir plan kami lepas tu.
Lepas breakfast, kami pun gerak ke pavillion naik monoral (aku malas nk drive ke KL...tak sanggup nak hadapi jam yg tahap gaban....) hehehe....da lama aku tak berjalan jauh.. lepas kami tgk wayang n lunch kt sana, kami berjalan ke berjaya time square. kelakarnyer, sepanjang jalan pimpin tangan tak nk lepas....hehehe....dia lak makin kuat gengam tangan aku. Rindu kot.....hehehe...
lepas dah puas berjalan, balik larr...ape lagi....kebiasaan...lepas bersalam dgn dia, dia mesti nak tarik idung aku...suke sgt wat cmtu....sajer jer kan.....
Tentu tertanye-tanyer siapa pula si dia yg menarik perhatian aku sekarang nie....nanti lah aku bagitau nama dia... k. =)

Sabtu, 24 Mac 2012

24th March 2012

Assalamualaikum..

Alhamdulillah....Kerana Allah..kesihatan aku sekarang nie da pulih...tapi aku masih lagi tak leh wat kje2 berat...coz tkt otot kt rusuk nie jadi balik... So, buat masa nie aku cuba elak kan diri aku buat kje2 yang lasak. Lagipun ada org da marah coz of aku lasak sangat...tak pasai2 sakit kan.... Kecian lak kt dia...risau coz aku sakit n takde lak sape yang tlg tgkkan aku...takpe larr perkara biasa jer kot. Hehehe....tapi aku bersyukur..ada gak yang risaukan aku... ^_^
Minggu depan aku offday ari isnin n selasa...boring lak...tak tau lagi plan nk kemana... Maybe rehat jer kot kt umah...lagipun aku nie baru jer sihat...so, kena larr jaga diri nie bebaik... ^_^ tak gitu cik kiah....hahahahaa

Ahad, 18 Mac 2012

18th March 2012

Assalamualaikum...

Hari nie ari Ahad.....hari minggu yang agak slow bagi aku...kena lak sekarang nie aku tak brape sihat... tapi dun worry coz aku da g jumpe doktor and check masalah kesihatan aku nie.. takde larr teruk mana nad still leh kawal lagi buat masa nie... Juz aku tak tahan bila bangun tido....senak kejap. Kepala aku sekarang nie agak pening gak coz ubat tengah jalan kan.....ubat bengkak n tahan sakit..pergghhh...memang stok tido.....kena lak air-cond kt kaunter nie da ok....mmg tangkap tido lerr...

However, so far so good and i need rest....

Khamis, 15 Mac 2012

15th March 2012

Hmm..
Aku da block satu nombor nie atas alasan, aku memang da tak nak dengar ape2 pasal dia. Aku reject orang nie coz orang nie nak jumpe aku hanya satu alasan.... NASFU dia... ingat aku nie ape??? Paling aku sakit ati bila keadaan aku disalahertikan. Bila aku tak nak buat coz aku dah insaf, leh lak dia kata jangan larr jadi baik sangat...kalau da kotor tu kotor gak..... Dia ingat aku nie ape? Sorry larr....aku bukan type yang dia cari....klo nak, sila larr cari kt lorong hj taib...berlambak kt sana.... Harap jer ada master...tapi otak lembu....Sakit hati aku, bila dia maki...hina and caci aku dgn pelbagai kata yang tak enak dan tak menghormati aku.... Aku pun tak rugi klo tak berkawan dgn dia..... Tuhan tu Maha Pengasih coz jauhkan aku dari org cm dia..

Baru2 nie, aku terima lak miss call n message pada 5/3 (klo tak silap lah).. Dia mintak maaf kt aku dan mengaku yang dia masih sayang kat aku....haktuiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii........ Boleh berambus dari hidup aku... Aku tak perlukan orang cm ko dalam hidup aku...... Aku sekarang nie dah pun bahagia dgn hidup aku and kerja aku... Aku tak perlu lagi org cm ko hadir dlm hati aku..Cakap larr seribu kali yang ko sayang kt aku...aku takkan balik pada org yg pernah hina aku dulu...cukup larr....tak perlu cari lagi.... Aku senang mcm nie... asalkan aku tak susahkan sesiapa pun dalam dunia nie.

Seteruk2 aku nie pun...biarpun aku takde degree...Bonda and Ayah aku tak pernah ajar aku menghina orang...apetah lagi ambil kesempatan atas kesilapan yang org pernah buat dulu. Salah ker insaf atas ape yang kita pernah buat and berubah demi kebaikan... Tak semua perempuan tak boleh berubah.... Sekurang2nyer aku tak mainkan perasaan org..... Ko jer yg sanggup guna perkataan SYG utk lepaskan nafsu ko.... Blah larr dari hidup aku.... aku tak layak utk lelaki sebijak and sebaik ko (konon larr.......)
Harap berambus....

Jumaat, 9 Mac 2012

9th March 2012

Assalamualaikum...

Hmm.... keje pagi utk ari ke-2. Tak banyak benda sgt nak dibicarakan.. Antara aku dan dia, alhamdulillah...cam biasa....still manjerr...hehehe....nothing much to talk about...mmmm...hati agak berbunga larr kejap dari semalam smpai ari nie....still terasa hangat lagi larr...hahahahaa...kelakar lah aku nie....cam tak cayer lak..hmm...ape2 pun segala urusan kehidupan ini alhamdulillah lancar...keje ok...and mood aku pun agak ok larr....tak stress sgt bila keje....
Hope everything gonna be fine and work well. Sekarang nie hati aku dok teringat kt dia.....halamak....angau sudah...... opsssss...... betul kah??? atau sebaliknya kah???? boleh terjadi kah??? atau sekadar mainan saja??? Semua tu Allah ada jawapan.... kita mengikut arus dan berfikir secara matang sebelum memberi penilaian dan jawapan. Hope ape yang aku buat nie adalah benar.....

Khamis, 8 Mac 2012

8th March 2012

Assalamualaikum....

SELAMAT HARI WANITA.......hehehe....aku bangga menjadi seorang wanita... lebih2 lagi klo diri ini disayangi dan dicintai sepenuh hati..... ^__^ am quite happy today...hmmm.....wonder why???? ^_^
Too much happen since Tuesday until yesterday..... seakan-akan dunia nie tersenyum utk diri ini. Tapi lepas tu, hati ini jadi tak menentu...... Nape ek? selama nie aku kurang pasti dengan tindakan aku sendiri...Tp, semua menjadi berubah....bila hati ini tersentuh.... Susah nak dijelaskan dengan kata-kata sepertimana aku selalu berbicara soal perasaan...Tapi kali nie aku rasa lain sikit..... tak tahu nape. Macam ada magnet pun ya aku nie.... Bila berjumpe bukan macam 1st time jumpe tapi macam da lama tak jumpe. itu yang buat aku bertambah hairan bila da mula berbicara... Perangai aku lain macam sejak dari tu......aku jadi bertambah manja dgn dia...hard to say why this happen to me..... Aku bukan senang bermanja lebih2 lagi bila 1st time date. Tapi dia......hmm...betul2 buat aku jadi tak tentu arah sekarang......AARRRGGGGGHHHHH....jiwa aku sekarang nie tgh kacau...huhuhuhuhuhu....tlggggg.........

Sabtu, 25 Februari 2012

25 Feb 2012

Assalamualaikum...
Alhamdulillah....dengan izin Allah, kita masih lagi bernafas di bumi-Nya. Bersyukur atas segala nikmat yang telah diberikan oleh Nya kepada hamba Nya yang kerdil ini. Seperti biasa kehidupan ini diteruskan, walaupun ada kalanya sakit ati sering melanda dalam hati nie...Hmm....tak lama lagi bulan March akan menjelma....sepanjang bulan Febuari nie takde ape yang indah...kehidupan aku lebih banyak kepada kerja. Ada gak plan nak bercuti tapi pada bulan Mei nie. Aku nak pergi ziarah Bonda and Abah. Rindu rasa hati nie....aku pergi ke sana takde siapa yang tahu kecuali Mak awi, and atih. Tapi aku tak bagitau diaorng yg aku akan stay kt hotel. Aku da siap wat tempahan and aku akan stay selama 2 ari kt Mersing then akan ke JB selama sehari. Pastu pada sabtu pagi aku akan kembali ke Kajang dan spend time utk diri ini pulak.
Tak banyak aktiviti yang aku nak buat sepanjang aku kt mersing.... Just nak ziarah Bonda and Abah jer... sekarang nie, fikiran aku hanya tertumpu pada Bonda and Abah. Terlalu rindu..... Allah saja yang tahu, betapa rindunya aku...rindu akan ceritanya, kata2nya yang kadang2 membuat aku terasa hari....
Aku masih ingat lagi, Abah slalu perli aku bila aku yang masak...... "akak, nie lauk ape nie? Marriott punya style ker?" hehehe....kadang2 tu kata2 perli cmtu memjadi aku tercabar dalam masakan....TQ abah..... Alhamdulillah....akak da boleh masak...huuhuhuhu...
Klah....nak smbung wat keje balik nie.....t ape2 hal aku update....aku tau aku jarng update blog nie....bukan ape, aku byk keje nk wat....so, doakan yang terbaik buat diri ini...dan aku doakan yang terbaik buat kalian....
wassalam....

Sabtu, 11 Februari 2012

11 Feb 2012

Assalamualaikum..

Kembali bertugas setelah 2 ari offday..huhuhu...balik jer dari offday, da macam2 cerita yang hamba dengar...ada yg baik tak kurangnyer yg kurang enak utk didengar... Nak dijadikan cerita, kawan dengar macam2 kisah dari pelusuk antero pasal tu pasl nie... Kes tak puas ati tu lain cerita lah kan...tapi ape leh buat....kita mampu mendengar jer lerr.... Nak marah or cakap lebih2 pun tak guna gak coz aku nie bukan rajin bebenor nak wat cari pasal. Paling koman pun kawan diamkan ajer and wat keje sendiri. Yang penting, cukup bulan dapat gaji, teman simpan..... Dapat offer bagus, teman pegi....tak susah kan......
Hmm....susah klo keje elok jer aman, tetiba ada lak yg datang mencari nahas...memang cari bala nak kena kan. Teman nie da ler dalam proses nak tutup suis baran teman nie.... coz da malas nak marah2...takde guna nak marah2 dgn orang tak reti bahasa.....buang air liur jer. Baik teman diam.....diam bukan bererti kalah...tapi malas nak bersuara...Juz bersuara dengan benda2 penting jer...Lepas waktu keje, teman balik ler...takdenyer nak tunggu lagi....dulu leh larr coz seronok ada gak leh wat riuh...tapi sekarang....baik angkat kaki secepat mungkin sebelum sakit mata melanda hati.....sape susah....teman gak yg makan ati....huhhuuu.....
Bak kate ayat teman masa dulu2.....sikit2.... AKAK gak yg kena....... =p

Selasa, 31 Januari 2012

Hmm.... hari agak bosan sikit coz keje petang sorang... Kena lak minggu nie keje petang jer keje aku kan...suke orang tu letak aku kt shift tu kan....tapi takpe oleh kerana badan tahan lasak kan...huhuhuhu..... ku terima jua....hmm...bila da terlalu leka bekerja, aku tak sedar lak ada lak hamba Allah nie muncul.... orang da lama aku lupakan selama 1 1/2 tahun lalu. Ejaz....hmm....da lama nama tu aku lupakan. Walaupun dia muda 6 tahun dari aku (sebaya adik aku tu) tapi aku tak nafikan dia pernah hadir dalam hidup aku. Masa tu aku baru start kje kt Tune. All my life dia banyak ceriakan suasana aku. Tak nafikan jugak aku ada rasa sayang kat dia. Ye larr, orang nyer boleh dikatakan romantik jugak lar...hahaha...tomboy cam aku nie leh cair dooo...hahahhahaa.... itu cerita lama. Nama dia n ingatan aku kt dia da lama aku buang jauh2 dari hidup aku. Aku tak suke orang bermain kata janji dengan aku. Aku cukup pntang.
 Nak dijadikan cerita, dia YM aku semlm. Tetiba lak hai kan...aku pun hoi....so, dia mula start borak ckp sorry and worried...hmmm....ayat same jer sejak aku bambuuuuuuuu dia kan... Aku cakap yg aku da tak nk tgk ym dia, tagged dia pun aku da delete, no dia pun aku delete...sume nyer lerr....tapi dia, leh lak kata dia tak leh lupekan aku...MOTIFFFFFFFFFF!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! (aku pinjam words si Rudy sat........)
puas aku suruh dia lupakan aku tp dia ckp tak boleh....coz dia mmg tak boleh lupekan aku. Aku jadi buntu sat...hadoi....leh lak dia mintak nk balik kt aku....hey....igt aku nie ape???!! Bila tak suke ko buang, bila terasa aku nie diperlukan, baru nk mencari.....ceh....aku tak heran....
Semlm mmg aku keras ati tul dgn dia...... Puas aku cuba wat dia benci dgn aku, tak berjaya.... penghabisan dia mintak peluang ke-2....kali nie dia nk serius... hmmm... ape pndangan anda???
Perlu ker aku beri peluang ke- 2 kt dia??? Hmmm...peluang as a friend mungkin kot....coz aku pun da tawar hati nk berkawan dgn dia....anyway, i juz give him chance.....and it will be the last chance for him...lepas nie...takde dah...terus out of my life.
 Rindu rindu rindu...bila larr rindu nie nk padam....uikss....kalah org da nikah aku nie...huhuhuu...terasa lak jiwang bin karat yang teramat kan.....GITUUUUUUUUUUUUUUUUUUU....... hahahaha.. anyway, rindu teramat sangat kt cik abang sorang nie... bila larr dpat jumpe nie...hurmmm...kadang2 tu cemburu gak....tgk org lain kan....huuuaaaa.......dear....miss u so much..... =_=!

Isnin, 23 Januari 2012

23 Jan 2012

 Assalamualaikum...

Hari nie keje ptg...and nk wish Kong Xi Fa Chai to all chinese in Malaysia....hmm...tak banyak benda nak di update kat sini. Keje, cam biasa jer....takde banyak berubah. Juz manusia jer berubah menjadi lupa asal usul and diri. Lebih-lebih lagi bila fikir diri tu bagus sgt and tak pernah nak admit silap dia.... yang dia tau, dia tak buat salah....hmmm...mana ada manusia perfect kecuali Tuhan jer yang perfect. Kita sebagai manusia hanyalah perfect dari segi ciptaan-Nya sahaja...tapi perangai, tak....Sila ambil perhatian....Manusia memang sempurna..TETAPI...perangai manusia TAK PERNAH SEMPURNA.......
So, pada mereka yang fikir diri mereka tu terlampau perfect sangat.....beringat lah...bukan semua pekerjaan yg anda buat tu suatu yang sempurna.... Jika Tuhan tu nak tunjuk yang anda juga lemah.....Tuhan tu da lama wat...sekejap jer Dia buat pun....tapi kesannya memang mendalam... LU pikir lah sendiri.......

Rabu, 11 Januari 2012

Marc Anthony - Love is all

11 Jan 2012

Alhamdulillah.... Sekarang dah 11 hari masuk bulan Januari tahun 2012. Sekarng nie aku cam biasa....keje n keje...banyak masa aku habis kan kerja sahaja. Alhamdulillah sekarang nie aku boleh bernafas sikit. Hutang pun juz tinggal satu jer lagi...(utang kete kancil aku dulu......) itu jer.
Selebih nya masa aku, hmmm....aku habiskan for rehat jer kt umah...Jodoh......hadoi....soalan cepu emas 24 karat.....still searching and looking for it...plus tu semua kerja Allah....biarlah Allah tentu kan soal Jodoh aku...aku takmo cerita lebih...takut tak jadi...aku gak yang merana....hmmm.....anyway...this song for him.....
Love ya....n miz u so much.....