Assalamualaikum..
Alhamdulillah...bersyukur sangat2 coz dapat update lagi kt sini. Maaflah kali nie ambil masa terlalu lama sebab sibuk dengan tugasan harian. Sekarang dah tak keje kt Tune Hotel... Aku beralih arah ke hotel lain pulak. Kali nie biarlah menjadi rahsia kat mana aku mencari rezeki. So far keje aku Ok dan tak ada masalah. Cuma kena kerja keras untuk belajar benda yang baru pada aku. System hotel, suasana and etc. Boleh dikatakan setiap hari aku akan belajar sesuatu yang baru dan terpaksa belajar bersendirian sebab tak banyak masa diberi sebagai persediaan. Semuanya jadi bidan terjun. Secara tak langsung aku terpaksa persiapkan diri untuk melalui pelbagai karenah dan masalah yang bakal timbul. Hai....macam-macam hal berlaku kat tempat keje baru nie.. Betul-betul mencabar tahap kesabaran aku. Tapi bila difikirkan balik, semua nie ada kebaikan dan ada juga keburukan. Aku anggap semua itu satu cabaran dalam menjalankan tugas setiap hari. Pada aku, setiap hari aku akan belajar benda baru. Betul tak...??
Dalam kesibukan, hati aku tak pernah lupakan adik-adik aku. Aku terlalu rindukan Ateh, Acik and Aai.. Ada kelapangan aku akan on FB aku dan tengok perkembangan adik-adik aku. Alhamdulillah, Acik da ada lesen and da kuarkan keretanya sendiri. Hasil titik peluh dia sendiri. Satu percapaian yang membanggakan aku dan satu kesyukuran kerana Allah dah makbulkan doa aku. Berkati lah adik-adik aku ya Allah...Sesungguhnya aku amat merindui mereka. Walaupun aku tau, adik-adik aku marah dan benci kat aku... takpe lah...Aku redha...Seandainya aku pergi.....biarlah mereka tak tahu.....Aku tak mahu diaorang tau kesedihan aku dan kepayahan aku lalui dalam kehidupan aku. Kalau boleh aku nak mereka tau yang aku terlalu sayangkan diaorang dan rindukan diaorang. Aku teringin sangat nak peluk adik-adik aku.... Allah saja yang tau betapa rindunya aku....
Buat abang-abang aku....bukan aku tak rindu...malah aku maafkan ape saja kesalahan diaorang pada aku. Bukan aku tak nak menurut kata diaorang, aku tak nak diaorang fikir aku tak boleh berdikari... Aku membesar tanpa diaorang betul-betul kenal ape yang aku lalui... Akak dah lama maafkan Along, Angah and Ateh..Akak rindu masa kecil kita dulu...
Kalau boleh, aku tak nak titiskan airmata aku lagi... tapi aku tau aku tak mampu menahan setiap kali aku berbicara soal adik-adik... hati mana tak rindukan keluarga sendiri. Walaupun adakala aku terlepas kata, tak bermakna aku marah.....adakalanya aku terlalu marah dan pendam perasaan aku terlalu lama. Orang persoalkan tindak tanduk aku....kenapa tak persoalkan tindak tanduk mereka??? Perlu ke??
Sekarang nie, biarlah aku berjauhan dengan keluarga aku..... Aku rela seandainya ini jalan penyelesaian untuk elak kami adik-beradik bertengkar lagi... Aku rela menjauh...Aku rela pendam perasaan.... Tapi aku tak rela nafikan aku terlalu rindukan adik-beradik aku.....
Semoga Allah merahmati adik-beradik aku....kasihanilah mereka sepertimana Ibu dan Ayah kasihi mereka...
Amin....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan