Assalamualaikum...
Syukur alhamdulillah...ari nie da masuk ari ke 8 berpuasa. ( tapi aku da 3 ari tak leh puasa coz aku terkena bendera merah...huhuhu....sedih). Buat masa nie aku seperti biasa dengan rutin harian aku. kerja dan terus bekerja. Masa rehat aku aku banyak habiskan masa di rumah sajer. Kebanyakkan masa aku terpaksa on Call 24 7 atas operation side.
Sejak berada di jawatan baru, sedikit sebanyak aku terpaksa merubah beberapa perkara. Ada sesetengah perkara aku perlu tegas, walaupun aku sendiri tak berapa suka dgn cara aku sendiri. Tapi kerana tugas, aku sendiri terpaksa mengikut ape yang perlu. Aku cuba buat yang terbaik dalam setiap tugas yang aku lakukan. So far, aku masih lagi kekok dgn jawatan sekarang. Ambil masa nak biasa kan diri kot.... agak2 lar... Banyak benda aku perlu buat dan perlu dilaksanakan.
Cabaran aku memang adakalanya terasa menjerat diri aku. Aku terpaksa berdepan dengan manusia yang berbagai muka dan perangai. Generasi baru terutamanya, mencabar kesabaran aku dalam membentuk sau pasukan yang kukuh. Buat masa nie, aku adakalanya meminta bantuan dari Akma, kawan dari batch yang sama dgn aku. Bukan aku tak boleh buat sorang, tapi adakalanya aku perlukan orang lain untuk support usaha yang sedang dijalankan.
Bukan mudah untuk kita mendapatkan kepercayaan dan keyakinan orang lain. Terlalu banyak usaha yang perlu dilakukan. Baru-baru nie jer aku da dijadikan bahan. Memang menyirap darah bila mendengar or baca. Tapi kerana itu satu cabaran, aku sahut dalam diam. Aku memang tak boleh benarkan orang pandang sebelah mata kt pasukan aku. Aku tahu pasukan aku boleh buat lagi terbaik dari itu.
Mudah-mudahan semuanya berjalan dengan lancar. Aku buat sebaik mungkin dengan tugas baru nie. hope semuanya baik-baik belaka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan