Ahad, 12 Ogos 2012

12th August 2012

Assalamualaikum..


Alhamdulillah...bersyukur kepada Allah kerana masih lagi bernafas di buminya. dan bersyukur kerana berkesempatan merasai bulan ramadhan. Dah terlalu lama tak update blog nie kot. Hahahaha...sorry sesangat coz terlalu sibuk dengan kerja sampai tak ada masa untuk diri sendiri. Dalam erti kata lain, cuti pun ada memanggil... =_=

Buat masa nie boleh dikatakan baik dan kerja berjalan seperti biasa. Aku seperti rutin lama. Hari nie aku bertugas shift malam dan akan berterusan sampai minggu depan. Seperti biasa banyak benda berlaku tanpa diduga. Baru-baru nie, aku dapat kesan yang kereta kesayangan aku menjadi intipan org yang tak bertanggungjawab. Terasa seperti ada yang cuba mengambil kesempatan menjelang aidilfitri yang bakal tiba. Kereta aku diceroboh masuk!!!!!!!!!!!! Yang tak boleh blahnyer siap pasang air cond kereta tu..... HMMM..... ini da melampau.... Ari nie aku balik umah lewat dan sempat jugak lah aku mencari rumah baru atas faktor keselamatan. Alhamdulillah, rezeki aku bulan ramadhan nie, ada juga bilik sewa yang berdekatan dengan area rumah aku yang agak selamat. Kali nie aku pilih rumah teres. Parking pun ada, siap klo nak basuh kete pun boleh... Aku nie da larr lama tak basuh kete.... mau sihat aku lepas nie...huhuhu...

InsyaAllah, aku da berjanji dengan orang tu, genap bulan nie aku akan berpindah. Sekurang-kurangnyer bertindak awal sebelum terjadi ape2. Harap2 takde yang buruk terjadi. Aku sayang sangat kereta tu...tu jer lah satu-satunya peninggalan Abah n Mak pada aku..


Ya Allah.... selamatkan hamba Mu ini dan perlihara lah satu-satunya peninggalan orang tuaku. Amin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan