Tak lama lagi nak masuk bulan Mei.. Dalam otak aku fikir hanya tertumpu pada satu perkara... Satu tarikh yang aku takkan lupa sampai bila-bila. Tarikh yang sepatutnya aku sambut dengan gembira, aku gantikan dengan tangisan aku... Tak lama lagi genap setahun Bonda tinggalkan kami. Bermakna da setahun aku hidup tanpa mendengar suaranya, ataupun merasa masakan bonda. Ya Allah... sesungguhnya aku amat rindukan Bonda dan Abah. Walaupun aku tak pernah berbakti pada mereka, aku tak pernah salahkan mereka atas ape yang terjadi pada aku sehingga kini. Aku akui, aku bukanlah anak yang baik pada mereka. Aku banyak susahkan mereka semasa mereka hidup. Aku sendiri tak pasti ape yang aku pernah buat Bonda dan Abah gembira semasa dengan aku. Walaupun Bonda dan Abah pergi tanpa tinggalkan sebarang harta, pada aku harta yang paling berharga yang mereka tinggalkan adalah kasih sayang mereka dalam hati aku. Harta benda aku boleh cari, tapi kasih yang mereka beri pada aku dari kecil sampai dewasa tiada pengganti.Tak ada siapa pun yang boleh menggantikan Bonda dan Abah... Sekarang... Aku sendiri tak tahu pada siapa aku nak menumpang kasih.... selain dari Allah... pada siapa aku nak berkongsi cerita... aku nak berkongsi dengan adik or abang aku....tapi aku tak mampu.... Aku tak yakin walaupun mereka adik beradik aku..
Aku terlalu rindukan kisah lalu....
Ya Allah...
Hanya pada-Mu aku berserah.... dan pada-Mu aku memohon..
Rahmatilah roh Bonda dan Abah... Tempatkan lah mereka dalam golongan yang terbaik disisi-Mu..
Sesungguhnya mereka insan yang paling mulia yang aku kagumi..kesabaran, keikhlasan dan ketabahan mereka walaupun sejuta kali orang lain menyakiti mereka... Kau telah berikan kebahagian kepada Bonda dan Abah.
Aku memohon...Kau berikanlah kebahagian syurgaMu kepada mereka...
Ya Allah.....
Aku terlalu rindukan Bonda dan Abah...
Amin....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan