Assalamualaikum..
Hmm...2011 da meninggalkan kita...kini....2012 pula menjelma....hmm...terlalu banyak suka duka telah kita semua lalui dalam masa setahun nie. Tahun yang memberi sejuta pengalaman buat kita dalam menempuhi cabaran kehidupan nie. Aku juga tak ketinggalan menempuh semua itu. Dan pengalaman banyak mengajar aku menjadi lebih matang. Pada aku, 2011 telah tinggalkan sejuta peristiwa.... Aku bangkit dalam kegagalan aku, melawan arus yang deras untuk aku teruskan hidup. Semasa itu, hidup aku hanya kerana Bonda ada di samping aku menjadi penguat semangat dan kekuatan aku untuk terus hidup. Aku ikhtiar sebaik mungkin dalam mencari diri dan pulihkan kehidupan aku, walaupun pada asalnya terlalu sukar untuk aku bernafas. Tapi alhamdulillah.. dengan rezeki yang Allah kurniakan utk aku dan keluarga aku, aku mampu menyara kehidupan kami.
Pada masa yang tahun yang sama... kalau ada yang mengikuti blog nie...ada yang ingat aku nie playgirl. Kejap dgn lelaki itu, kejap dengan lelaki lain.. hmm.....mungkin masa tu, aku akui...aku mudah jatuh cinta dan mudah ada perasaan sayang terhadap lelaki yang pernah berdamping dengan aku. Aku mengharapkan ada seorang lelaki yang boleh menerima aku seadanya, membimbing aku ke jalan yang Allah redhai. Peristiwa yang lalu sudah cukup membuatkan aku kenal sifat lelaki yang nampak baik tapi tak kuat iman. Tiada perasaan bersalah bila melakukan kesalahan. Aku sentiasa berdoa pada Allah supaya Dia yang tentukan siapa jodoh aku. Berikan petunjuk kepada aku. Itu doa aku......
Genap pada usiaku ke-27 tahun pada Mei lalu..... Aku kehilangan.. Bonda yang selama ini menjadi kekuatan aku, telah pergi mengadap Illahi. Aku benar-benar seperti orang hilang akal... Otak aku umpama terhenti bila melihat Bonda tiada... Tuhan saja yang tahu bagaimana rasa hati ini. Aku sibukkan diri aku dengan kerja.. Balik rumah, aku pikul tanggungjawab aku sebagai ibu dan juga kakak pada adik2 aku. Pasti kan segalanya siap sepertimana Bonda selalu buat. Walaupun tidak seperti Bonda siapkan, sekurang-kurangnyar aku buat sebaik mungkin untuk adik2 aku. Masa tu, aku benar-benar perlukan seseorang dalam hidup ini. Sebagai penguat semangat dalam kehidupan aku. Namun, tak ada yang layak....Sehingga aku bertemu dgn dia... Alhamdulillah...buat masa nie hubungan kami seperti biasa...walaupun jarang berhubung tapi sekurang-kurangnyer sehari 1 kali untuk bertanya khabar. Biarlah Allah tentukan sejauh mana ia boleh pergi.....sudah tentu aku harapkan yang terbaik buat kami berdua....itu doaku....
Walaupun apa yang pernah terjadi dalam hidup ini...Aku anggap itu adalah satu cabaran dan sejarah yang telah aku ukir dalam mewarnai kehidupan aku. Cukup sudah satu buku buat aku mengenai kehidupan insan bernama NURBAIZURA SAEDIN...
Pada tahun 2012 nie, tak ada apa yang aku mahukan selain mengapai impian yang telah lama terbengkalai...aku berazam utk mencapai azam yang lalu menjadi azam baru..... Doakan aku yang terbaik dalam kehidupan ini....dan aku juga berdoa utk kalian dan adik2 aku yang terbaik dalam menempuh kehidupan pada tahun 2012. wassalam....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan