Rabu, 2 Mei 2012

Selamat Datang Mei 2012

Assalamualaikum..

 Selamat datang Mei..... bulan yang penuh dengan seribu kenangan. Tak lama lagi genap setahun Bonda tak berasa di sisi aku. Setahun juga aku hidup berasingan dari adik beradik aku. Bukan aku tak mahu tinggal bersama tapi pengalaman lalu membuatkan aku berfikir banyak kali sebelum aku terima pelawaan mereka. Dulu, aku pernah terkena. Gara-gara tak memahami cara aku bekerja dan hidup aku, aku selalu dipandang negatif. Along pun pernah gak mengadu kat Bonda dulu. Kata aku nie selalu tak lekat kt umah...pulang keje lewat malam. Aku tak salahkan Along coz dia memang tak faham dan takkan faham aku. Kerja aku dan masa aku. Dia pun bukan pernah tanyer aku ape yang aku suke, ape minat aku or ape yang aku ingin dalam hidup aku. Yang dia tahu, aku nie menyusahkan orang. Ye larr... aku sedar diri aku nie siapa. Aku nie bukan adik kesayangan or adik yang boleh bawa keuntungan bagi dia. Sekurang-kurangnyer aku boleh berdikari. Walaupun aku hidup susah sekarang, tapi aku bahagia dengan kehidupan aku yang sederhana... Aku memang tak mewah macam orang lain. Aku bahagia dan bersyukur dengan hidup aku sekarang. Selama aku berjauhan, aku akui aku agak terasa tenang. Bila aku bersendirian, aku selalu berfikir... Bohong kalau aku tak rindukan adik beradik aku... Aku memang rindukan diaorang.... Cuma buka masa sesuai untuk aku berjumpa dengan diaorang.

 Aku berharap satu hari nanti adik-adik aku faham kenapa aku berjauhan. Aku tak mahu lagi bertengkar kerana benda remeh temeh bagi aku. Benda yang tak sepatutnya dijadikan isu menjadi perang besar. Hrmmm... Penat juga... asyik diri nie jer nak menjaga hati orang tapi hati kita takde sape nak ambik pedulik. Kita nie dok penat mencari rezeki utk survive leh lak kata kita wat benda lain. Aku da penat nak bersabar dengan situasi sekarang nie. Selama nie aku hidup untuk Bonda dan Abah....dan sekarang utk Tuhan dan diri aku sendiri. Sakit pening aku, diaorang tak tahu. Kalau boleh memang nak bagitau....tapi....hmm...malas lah nak cakap lagi....wat aku makan ati jer lebih.... Sabar jer lah.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan