Bolehkah dia menerima aku seadaanya... sedangkan aku tidak seperti gadis lain.. aku hanya hidup dalam dunia ku yang telah ku bina sendirian. Kisah lama sentiasa berlegar di fikiran takala cinta menyapa diri ini. Aku menyedari hakikat diri ini tidak layak terlalu jauh untuk diri ini berdiri setanding dengan diri insan sepertinya. Setiap pengalaman dahulu tak ada bezanya antara aku dan dia. Setiap pandangan manusia adalah berbeza setiap ketikanya. adakalanya aku sering mendiamkan apa yang pernah aku lalui dahulu.
Aku ingin menluahkan apa yang tersirat dalam hati ini tapi aku tak berdaya menolak hatinya. Dia terlalu baik dan bersunggguh-sungguh ingin memiliki hati ini. Perlukah aku biarkan saja? Dan membiarkan dia menerima aku seadanya diri ini walaupun hakikat hati ini kosong. Aku sentiasa cuba menyayangi dirinya sepertimana dia menyayangi diri ini. Ya Tuhan....seandainya hati ini masih ada rasa cinta itu, kau berikanlah pada hati ini untuk menyintai insan seperti dia.. Kerana cinta itu lahir dari Mu.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan