Isnin, 27 Jun 2011

27 June 2011

 Dah hampir 2 tahun aku begini... Peristiwa lalu membuatkan aku serik mempercayai cinta lelaki...dahulu aku terlalu setia dan percaya akan cinta yang dihulurkan... 5 tahun aku setia menanti akan cintanya dan setia akan janjinya.. Tapi semuanya palsu dan bukan realiti...hanya lah mimpi ngeri yang bertandang dalam hidup ini. Aku dipersiakan bila aku kehilangan ayahanda ku... Saat aku perlukan seseorang untuk membimbing aku dan berikan aku harapan teruskan kehidupan ini, dia terus pergi meninggalkan aku tanpa sebarang sebab yang munasabah... Apa aku nie tunggul kayu ape??? Aku benar-benar kecewa... kecewa akan sikap dia yang berubah tanpa aku duga.. berubah kerana dugaan dan buta kerana sikap nya sendiri... Aku di sini masih terus setia akan kasih sehingga aku dikhianati..... kecewa kerana Ayahanda terlalu kasihkan akan dia... Janjinya dan sumpahnya kepada orang tua ku masih lagi berlegar di ingatan ini.... membuatkan aku menjadi benci akan manusia seperti dia.... MUNAFIK...... hanya tahu memberi janji dan sumpah....semuanya janji tinggal janji.... Dia telah ragut segala hati ini dan kebahagian ini..
Aku bukan boneka yang bernyawa untuk dipermainkan... Aku sentiasa berdoa, agar dia kesal apa yang telah dia lakukan pada aku dan keluarga ku....Ya Allah...tunjukkan pada ku, jika benar kasih ini ikhlas dan setia akan janjiku...Kau tunjukkan kasih Mu.....aku mohon pada Mu ya Tuhan ku..... Demi Bonda dan Ayahanda...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan