Sabtu, 11 Jun 2011

11 June 2011

 Hari sabtu seperti hari-hari biasa pada aku... yang berbezanya kali ini, bila aku buka mata, tiada lagi wajah Bonda di hadapan aku. Tiada lagi haruman masakkan atau suaranya di dapur dan ruang tamu. Aku pasrah akan ketentuan Illahi kepada kami adik beradik. Mungkin ada hikmah di sebalik pemergian Bonda...
 Aku tak sekuat yang di sangkakan..aku terlalu lemah tanpa kekuatan Bonda.... memang benar, aku tabah harungi semua kehidupan ini kerana adanya Bonda di sampingku sentiasa berikan aku semangat untuk teruskan kehidupan ini. Sekarang aku sendiri tak pasti kemana haluan tuju aku dalam kehidupan ini. Aku harap semua akan menjadi lebih baik dari dahulu...
 Adakalanya, aku sepi tanpa seorang teman. bukan tak ada yang mahu menemani aku tapi aku takut akan kehilangan dan kekecewaan melanda lagi dalam hidup aku. Ya Allah...ketemukan lah aku dgn insan yang benar-benar ikhlas akan diri ini..menerimaku seadanya..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan