Rabu, 15 Jun 2011

15 June 2011

 Hari last keje shifr malam dan esok aku offday. Boleh lah aku berehat sambil tu kemas rumah yang dah dekat seminggu tak berkemas.. Banyak benda lagi nak dibuat kat rumah tu dan adakalanya aku rasa terlalu penat untuk lakukan semua tu seorang diri. Sebagai seorang kakak, aku cuba lakukan yang terbaik untuk adik-adik aku. Dan aku tak mahu adik-adik aku rasa sunyi sepertimana aku rasakan sekarang. Biar secara zahir dikalangan kawan-kawan di tempat keje aku gelar aku nie umpama Lara Croft.....tapi hakikatnya, aku juga gadis biasa... lemah bila sesuatu yang menjadi penguat hidup ini hilang.... Zahir aku tak pernah titiskan airmata aku, tapi hakikatnya aku mudah menitiskan air mata ini. Pernah sekali berguguran di hadapan Akma, kawan sekerja aku semasa aku nak balik, tiba-tiba lagi Mimpi yang tak sudah dari Ibnor Reza bergema di ruang lobby. Lantas air mata aku menitis tanpa aku sedari.. bila mengenangkan Bonda selalu dengar lagu nie bersama-sama dengan aku di rumah, aku menjadi terlalu parah... itu lah aku.... kekuatan yang kalian nampak semua ini adalah datang dari Bonda dan Ayahanda aku...
 Selama aku hidup, aku hanya hidup kerana Bonda dan Ayahanda kerana aku dah tak sanggup melihat Bonda dan Ayahanda bersedih. Aku sanggup korban kan masa depan aku demi mereka. Namun, aku berterima kasih kepada Ayahanda kerana dia, aku mendapat apa yang aku inginkan. Walaupun tidak besar tetapi memadai dengan apa yang aku kecapi kini. Aku tak pernah salahkan Ayahanda dan Bonda segala apa yang pernah terjadi pada aku. Kerana aku pasrah akan setiap kejadian itu ada hikmahnya sebalik ia terjadi.
 Bonda, akak benar-benar rasa kehilangan semangat. Kerana Bonda adalah tulang belakang akak...Ayahanda, akak kehilangan cahaya, bila akak perlukan pendapat...kerana Ayahanda adalah penasihat kehidupan ini.
 Ya Allah, Kau tempatkanlah Ayah dan Bonda ku ditempat orang2 yang beriman.... Ampunilah segala dosa2 mereka dan terangilah cahaya disetiap sudut diri mereka...Sesungguhnya, mereka adalah cahaya ku dunia dan akhirat...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan