Hari nie aku rasa betul-betul terkilan dengan tindakan abg ngah tu...betul-betul buat aku rasa sedih.. Tak sangka lak dia sanggup cakap benda yang tak sepatutnya pada adik.Orang yang berpendidikan tinggi tapi akai tak da... Memang benar kata Arwah Abah.... Adakalanya orang yang berpendidikan tinggi nie tak punya akal yang panjang..padanya semua tak betul dan fikir dia adalah yang terbaik. Langsung tak ada rasa penyesalan dalam hidupnya.Apa yang telah dia lakukan kepada Bonda dan Abah....langsung dia tak pernah kenangkan pengorbanan Bonda dan Abah.. Dah puas aku beri peluang kepada dia untuk tembus semula kesalahan dia dengan menjalankan tanggungjawab sebagai seorang abang...ternyata segalanya sia2 belaka. Semua itu aku lakukan kerana Bonda. Kalau bukan kerana Bonda, aku takkan benar kan dia mendekati keluarga ini.
Aku da jelak berlembut hati.. terlalu perit aku telan...aku tak ubah seperti lalang, ditiup oleh angin yang datang dari pelbagai arah..akhirnya aku tak tahu mana arah tujuku.Aku tak mahu semua itu terjadi sekali lagi.. Cukup lah setakat ini.. Aku mahu membina kehidupan ku sendiri, duniaku sendiri.. tanpa diganggu.. Aku mahu mencipta duniaku yang kecil supaya aku 'hidup' semula. Izin kan lah aku berbuat demikian. Bukan bererti aku menjauhkan diriku dari keluarga ku yang lain, tapi aku mahu mencari ketenangan aku sendiri..di dalam dunia aku cipta..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan