Sabtu, 2 Julai 2011

2 July 2011

 Hari nie aku keje pagi tadi...Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar. Kesempatan ini aku mahu menyatakan rasa rindu ini. Kerinduan yang tak pernah aku duga.. secara tiba-tiba aku rasa rindukan seseorang. Terlalu indah dan itu lah hakikatnya... Adakah aku dilamun cinta??? satu persoalan yang sering berdetik dalam benak ini.. mungkin ya dan mungkin ianya secara kebetulan..rindukan perhatian yang diberi membuatkan aku dimanjakan seperti puteri.. Kasih itu membuatkan aku menjadi rindu...
 Ya Allah, terima kasih kerana Kau hadirkan perasaan rindu ini pada hambaMu yang kerdil ini... terlalu indah perasaan yang Kau kurniakan... Terasa sayang mula berputik dalam hati dan membuatkan aku bahagia. Setiap pekerjaan menjadi lancar dan sempurna. Tiada rasa sebarang tekanan... Alhamdulillah... rindu itu menjadi langkah pertama untuk aku mula menerimanya.... Terima Kasih Allah.... =)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan