Untuk malam nie tak banyak sangat nak dibualkan.. Seperti hari sebelumnyer, tak banyak sangat aktiviti yang aku boleh buat. Sekarang aku da duduk dengan mak aku, so untuk aku kuar rumah jadi agak terbatas sikit dari sebelumnyer. Malam minggu macam nie biasanyer aku akan kuar minum dengan kawan yang masih ingat kat aku or aku lepak sorang-sorang sambil tengok gelagat orang disekitar aku. Aku tak kuar dengan si dia(D) coz aku tahu dia sibuk dengan keje dia. Plus dia ada message aku dan YM aku.. Aku kecian kat dia coz terlalu kuat bekerja sampai kurang masa rehat dia. Aku tahu dia kerja untuk masa depan anak-anak dia tapi kesihatan perlu juga jaga.. Kadang-kadang dia tak ubah macam anak kecil yang perlukan perhatian dan belaian.. Dan hakikatnyer, aku rindukan dia.. Tak silap aku dah seminggu kami tak bertemu, rindu pula dengan pelukan dia. Pernah sekali dia kejutkan aku dengan memeluk aku secara tiba-tiba.. Aku terkejut dan hanya biarkan dia terus memeluk aku. Teringat aku betapa eratnya pelukan dia.. Aku rindu kat dia...huuuaaaaa....nak jumpe tapi aku takde income nak support aku...hurmm...tapi nasib baik aku da dapat keje. Minggu depan ari jumaat aku start keje kat tempat baru.walaupun gaji tak besar tapi sekurang-kurangnyer ada lar rezeki untuk ibu aku. Takpe lah...aku anggap ini satu dugaan dan cabaran untuk aku teruskan kehidupan aku sementara aku masih tak bernikah lagi.
Tentang jodoh aku dengan siapa, itu biar Allah yang tentukan hati siapa yang dapat memiliki hati aku nie. Semoga Allah kurniakan yang terbaik buat diri dan keluarga aku... Amin...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan