Jumaat, 1 April 2011

1st April 2011

Mlm nie agak sepi bagi aku... Walaupun kedengaran deruan enjin kenderaan yg masih lagi sibuk dijalanan...pada aku ia tetap malam yang sepi.. Hari nie, salah seorang yang aku kenal sebelum si dia kembali menyapa aku setelah sekian lama menyepikan diri.. Seorang lelaki yang sentiasa sibuk dengan kerjayanya..sampaikan diri sendiri tak terurus..hmm..kalau aku sebut pasal rehat dan kesihatannya, mesti ada jer jawapan dia beri... Hai....dah penat jariku menaip membalas message dia dan berbuih mulutku menasihati dia.. Satu pun tak jalan... Biarkan jer lah.. Dia juga aku beri peluang untuk mencuri hati ini.. Tapi sejak akhir2 nie dia selalu sibuk dan ada ketika dia menghilangkan diri begitu lama...aku kadang tu naik risau pun ya..aku dan dia tak pernah ketemu lagi...kerana kesibukan dia, aku biarkan dia membuat keputusan bila untuk kami bertemu. Aku tidak memaksa dia...malah banyak memberi ruang padanya..
Aku teringat satu ketika dia pernah ceritakan pada aku tentang satu perkara..di satu laman sosial, dia letak bookmark pada profile ku supaya dia boleh melihat gambar aku kalau dia rindu dan ada satu ketika gambar ku dibiarkan di skrin laptopnya dan ibunya terlihat gambarku.. Ibunya bertanya padanya siapa aku dan dia kata...aku adalah teman istimewanya..dan aku, perasaan aku menjadi teramat malu ketika itu... Tuhan saja yang tahu apa yang bermain dalam hati dan fikiran ini...
Dalam hati ini tidak berniat apa-apa...aku hanya memberi ruang untuk dia mengenal siapa aku sebenar disebalik senyuman yang dia lihat. Dan terus membuat aku merindui dia...terlalu merindui dia dan hanya Allah yang tahu betapa indahnya kurniaan yang Allah berikan pada diri ini.. Aku teramat bersyukur kerana Allah kurniakan aku satu kebahagiaan yang indah...dan aku syukur akan nikmatNya...sehingga kini, aku tidak pernah berhenti berdoa agar dia selamat dari
segala bahaya dan kembali menemui aku... Aku terlalu ingin menemui dia..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan