Selasa, 29 Mac 2011

Hari nie tak tau nk bercerita ape....ngarut jer aku nie...

Tak semua akan melalui ape yang aku rasakan sekarang.. Kehidupan aku seperti tin kosong..tiada isi yang patut aku isikan dengan kehidupan yang patut aku berikan. Seperti lukisan yang kosong dan tidak apa yang perlu aku lukiskan sebab tiada bentuk untuk aku ukirkan pada layar itu.. Tak ada lakon layar yang menarik untuk dijadikan satu cerita yang boleh membuatkan para penonton terpegun dengan aksinya..
Tak semua yang kita i pikan akan jadi kenyataan dan tak semua cita kita dapat dicapai dengan segera.. Semuanya memerlukan pengorbanan dan usaha tanps mengenal waktu.. Aku telah lakukan yang terbaik dalam hidupku dalam mengapai impian ku tapi kebanyakannya berkecai kerana kasih aku turutkan...membiarkan segala impian aku berlalu pergi seperti mimpi... Harapan menjadi sebahagian hidup dengan orang yang aku cinta juga turut musnah kerana nafsu yang tak mengenal erti hormat dan batasan...terlalu taat dan setia, cinta aku dipermainkan...kesetiaan aku dibuang jauh...hati ini dibunuh tanpa pedulikan pengorbanan yang telah aku lakukan sekian usia ku.. Segalanya telah dirampas sekelip mata... Dan kini..genap 2 tahun aku menyendiri...walaupun ada yang ingin menghampiri diri ini...aku tak punya sebarang impian lagi.. Yang aku tahu, aku ingin membahagiakan diri ini, keluarga dan insan yang mengenali aku.. Kasih sayang ini tak pernah padam untuk lelaki yang inginkan kasih ini.. Tak pernah terlintas dihati ini untuk melukakan hati sesiapa.. Bukan niat aku untuk membuatkan lelaki jatuh cinta...aku hanya berikan kasih ini agar tiada berasa kekurangan...aku tak mahu lelaki yang aku sayangi berasa kekurangan dalam kasih ini...aku mahu dia bahagia...sepertimana dia dambakan...aku juga perempuan biasa...mahukan kebahagiaan dan kasih sayang... Dicintai dan menyintai.... Itu yang aku dambakan....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan