Ahad, 27 Mac 2011

27 mac 2011 - aku dan hati ini.....ape yang aku rasa???

Semalam aku dapat berjumpa dengan si dia.. Rindu sentiasa dibawa bersamanya sejak hari pertama kami bertemu... Tak banyak yang aku boleh kongsikan di sini sebab ada ketikanya aku tak mampu mencari kata-kata yang terbaik untuk aku ungkapkan tentang pertemuan kali ini.. Tapi yang pasti, untuk pertama kali dia merasakan bimbang akan situasi keluarganya..anak-anak yang semakin membesar, membuatkan dia berasa bimbang mencari suri dalam hidupnya. Aku faham tentang keadaan itu dan aku sendiri pernah melihat abang aku sendiri begitu. Sukar untuk aku menyatakan apa yang terbuku dalam hati aku sedangkan aku ingin mendekatinya...aku hanya biarkan dia berlenggu dengan seribu persoalan dan mampuku hanyalah memberi keyakinan yang dia mampu melakukan yang terbaik untuk anak-anaknya. Itu doa ku padanya..
Aku sendiri tak faham dengan apa yang aku rasakan semalam.. Terlalu banyak persoalan yang bermain dalam minda aku. Terlalu banyak tanda soal dalam hati ini.. Adakah aku sanggup menunggu dia?? Adakah aku terpaksa berkorban sekali lagi demi kasih? Aku tak mampu untuk merasakan kehilangan demi kehilangan setelah hati ini mula menyayangi.. Dan aku tak mampu lagi menanggung sakit setelah pengorbanan demi pengorbanan aku beri dalam kehidupan.. Aku terlalu lemah menanggungnya... Dan aku hampir gila kerana kasih itu...
Aku juga seorang perempuan yang inginkan kehidupan sempurna seperti nisan lain.. Mencintai dan dicintai sepenuh hati.. Dibelai dan dimanja disamping insan yang dikasihi.. Ya Allah.. Aku berserah padaMu... Jika dia yang terbaik buat diriku, aku terima dengan rasa syukurku padaMu..atas kasihMu... Aku terima seadanya sepertimana dia menerima ku seadanya.. kepadaMu aku memohon.. Dan kepadaMu aku berserah...segala kehidupan ku pada Mu....Amin...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan