Khamis, 31 Mac 2011

31 march 2011

Hari ni dah genap bulan sebulan untuk kali ke 3...untuk hari nie, tak banyak yang boleh aku kongsikan di sini..segalanya masih lagi kabur dari pandangan mata aku...terlalu banyak halangan yang menghalang aku dari terus keluar dari masa silam aku...segala bayang kisah lalu seakan masih lagi membuat aku resah... Adakalanya emosi aku menjadi tak tentu arah... Aku menjadi pemarah dan hilang sabar.. Seolah aku marahkan masa silam aku yang telah berlaku dulu... Kerana terlalu setia dan jujur pada kasih aku, aku lupakan segala impian aku cipta suatu ketika lalu...
Tak lama lagi, usia aku akan mencecah 27 tahun...aku tahu, terlalu banyak usia aku telah aku busng begitu saja tanpa aku fikirkan akan risiko masa akan datang...impian aku untuk mengapai segulung ijazah masih lagi dalam samar... Entah bila aku boleh hadiahkan semua itu kepada orang tua aku.... Impian arwah abah dan mak... Aku tahu, mak sentiasa mendoakan yang terbaik buat anak-anaknya...tak pernah putus dari bibirnya mendoakan satu per satu anaknya... Dan aku...ha ya mendoakan mak dalam hati kecilku ini...
Ya Allah...hanya Kau yang mampu memulihkan kesedihan dan keperitan yang bondaku lalui...rahmatilah bondaku dengan limpah kasihMu... Ku pohon kepadaMu ya Allah...berikanlah dia kebahagiaan sepetimana Kau berikan kepada hambaMu yang lain....Amin...

Selasa, 29 Mac 2011

Hari nie tak tau nk bercerita ape....ngarut jer aku nie...

Tak semua akan melalui ape yang aku rasakan sekarang.. Kehidupan aku seperti tin kosong..tiada isi yang patut aku isikan dengan kehidupan yang patut aku berikan. Seperti lukisan yang kosong dan tidak apa yang perlu aku lukiskan sebab tiada bentuk untuk aku ukirkan pada layar itu.. Tak ada lakon layar yang menarik untuk dijadikan satu cerita yang boleh membuatkan para penonton terpegun dengan aksinya..
Tak semua yang kita i pikan akan jadi kenyataan dan tak semua cita kita dapat dicapai dengan segera.. Semuanya memerlukan pengorbanan dan usaha tanps mengenal waktu.. Aku telah lakukan yang terbaik dalam hidupku dalam mengapai impian ku tapi kebanyakannya berkecai kerana kasih aku turutkan...membiarkan segala impian aku berlalu pergi seperti mimpi... Harapan menjadi sebahagian hidup dengan orang yang aku cinta juga turut musnah kerana nafsu yang tak mengenal erti hormat dan batasan...terlalu taat dan setia, cinta aku dipermainkan...kesetiaan aku dibuang jauh...hati ini dibunuh tanpa pedulikan pengorbanan yang telah aku lakukan sekian usia ku.. Segalanya telah dirampas sekelip mata... Dan kini..genap 2 tahun aku menyendiri...walaupun ada yang ingin menghampiri diri ini...aku tak punya sebarang impian lagi.. Yang aku tahu, aku ingin membahagiakan diri ini, keluarga dan insan yang mengenali aku.. Kasih sayang ini tak pernah padam untuk lelaki yang inginkan kasih ini.. Tak pernah terlintas dihati ini untuk melukakan hati sesiapa.. Bukan niat aku untuk membuatkan lelaki jatuh cinta...aku hanya berikan kasih ini agar tiada berasa kekurangan...aku tak mahu lelaki yang aku sayangi berasa kekurangan dalam kasih ini...aku mahu dia bahagia...sepertimana dia dambakan...aku juga perempuan biasa...mahukan kebahagiaan dan kasih sayang... Dicintai dan menyintai.... Itu yang aku dambakan....

Isnin, 28 Mac 2011

28 mac 2011

Hari nie sama seperti hari-hari yang aku lalui sebelumnya.. Tak banyak aktiviti yang boleh aku buat di sini. Hari nie, seharian dia tak call atau sms aku...mungkin dia sibuk dengan kerja dia.. Harap-harap, dia menjalani kehidupan yang terbaik..
Rasa semakin lama semakin terhimpit dengan kehidupan yang sedang ada... Aku lepaskan segalanya kerana keluarga...sekali lagi...aku lakukan..kadang-kadang aku terasa satu kerugian..tapi tak guna untuk aku menyalahkan orang lain..mungkin itu sudah menjadi takdir aku..aku hanya mampu berserah kepada yang maha Esa untuk perjalanan hidupku yang seterusnya. Aku tak mengharapkan ape-ape dalam hidup ini..aku hanya impikan kebahagiaan disamping orang yang aku sayangi...adakalanya aku cemburu melihat rakan yang sebaya dengan aku..kini mereka punya keluarga dan bahagia disamping insan yang tersayang...aku cemburu akan mereka... Yang pasti, Allah telah sediakan yang terbaik buat diri ku...setiap yang hadir dalam hidup ini adalah satu rahmat yang terindah dalam diri aku.. Setiap kesedihan yang aku rasakan diganti dengan kebahagiaan yang tak ternilai harganya...
KepadaMu Allah aku berserah... Segala kehidupan ku dan cintaku... Hanya Kau tentukan yang terbaik buatku... Aku terima dengan syukurku padaMu kerana Kau masih berikan aku merasai perasaan ini....Amin

Ahad, 27 Mac 2011

27 mac 2011 - aku dan hati ini.....ape yang aku rasa???

Semalam aku dapat berjumpa dengan si dia.. Rindu sentiasa dibawa bersamanya sejak hari pertama kami bertemu... Tak banyak yang aku boleh kongsikan di sini sebab ada ketikanya aku tak mampu mencari kata-kata yang terbaik untuk aku ungkapkan tentang pertemuan kali ini.. Tapi yang pasti, untuk pertama kali dia merasakan bimbang akan situasi keluarganya..anak-anak yang semakin membesar, membuatkan dia berasa bimbang mencari suri dalam hidupnya. Aku faham tentang keadaan itu dan aku sendiri pernah melihat abang aku sendiri begitu. Sukar untuk aku menyatakan apa yang terbuku dalam hati aku sedangkan aku ingin mendekatinya...aku hanya biarkan dia berlenggu dengan seribu persoalan dan mampuku hanyalah memberi keyakinan yang dia mampu melakukan yang terbaik untuk anak-anaknya. Itu doa ku padanya..
Aku sendiri tak faham dengan apa yang aku rasakan semalam.. Terlalu banyak persoalan yang bermain dalam minda aku. Terlalu banyak tanda soal dalam hati ini.. Adakah aku sanggup menunggu dia?? Adakah aku terpaksa berkorban sekali lagi demi kasih? Aku tak mampu untuk merasakan kehilangan demi kehilangan setelah hati ini mula menyayangi.. Dan aku tak mampu lagi menanggung sakit setelah pengorbanan demi pengorbanan aku beri dalam kehidupan.. Aku terlalu lemah menanggungnya... Dan aku hampir gila kerana kasih itu...
Aku juga seorang perempuan yang inginkan kehidupan sempurna seperti nisan lain.. Mencintai dan dicintai sepenuh hati.. Dibelai dan dimanja disamping insan yang dikasihi.. Ya Allah.. Aku berserah padaMu... Jika dia yang terbaik buat diriku, aku terima dengan rasa syukurku padaMu..atas kasihMu... Aku terima seadanya sepertimana dia menerima ku seadanya.. kepadaMu aku memohon.. Dan kepadaMu aku berserah...segala kehidupan ku pada Mu....Amin...

Jumaat, 25 Mac 2011

25 mac 2011

Hari nie seperti hari biasa aku lalui.. Dan ada lar si dia telefon aku petang td...banyak aku dan dia bualkan selama setengah jam...dan dia buat aku banyak ketawa daripada bercakap...ye larr.. Asyik wat lawak jer.. Borsk tanyer khabar sikit jer... Tapi merapu selebihnyer... Hari nie dia banyak buat keje... Maklum lah kerja sendiri.. Tak de masa untuk dia berehat atau bersantai... Kadang-kadang tu, kesian jugak kat dia... Ye larr, terlalu keje kuat untuk sara diri and keluarga...oo.. Aku lupe lak nak bagitau... Dia yang aku kenal nie seorang duda.. Dia ada 3 org anak...kesemua anaknya tinggal dengan dia and ex-wife dia dah berkahwin baru..tapi aku tabik kat dia coz dia tak nak anak dia tinggal dengan mak diaorang coz dia nak jaga anak dia sendiri...coz dia nak pastikan anak-anak dia belajar sampai berjaya...and dia bangga coz anak-anak dia bagus dalam pelajaran....aku boleh lihat dari wajah dia, betapa bangganya dia dalam mendidik anaknya dalam menjadi terbaik dalam pelajaran..
Dia juga pernah tanyer kat aku, kenapa aku tak macam perempuan lain..aku tanyer dia balik, sebelum aku..dia pernah kuar dengan orang lain ker. And dia cakap ada...tapi selepas gurl tu tau yang dia nie duda...terus tak jawab call dia or balas sms dia... Leh lak dia tanyer aku, kenapa aku tak terkejut dengan dia. Aku bukan jenis memilih untuk berkawan... And aku tak pernah bezakan kawan aku.. Lepas 1st date kuar dengan dia, aku still nak kuar lagi dengan dia..aku sendiri tak tau kenapa...maybe aku nak dia kenal aku seperti mana aku nak kenal dia.. Aku selesa bila bersama dengan dia.. Dan kini aku pula dah mula rindukan dia.. Terlalu rindukan dia... Ya Allah.. Apa yang aku rasakan sekarang nie??? Ape inikah aku rasakan seperti mana dia rasakan tentang aku...jangan lah Kau rampas ape yang aku rasakan sekarang....terlalu indah bagiku setiap rahmat dan kasih yang telah Kau kurniakan padaku... Amin..

Khamis, 24 Mac 2011

24 mac 2011

Aku masih lagi mencari kerja...da terasa betul-betul sakit kepala bila tak keje nie...Pada masa yang sama, aku telah berkenalan dengan seseorang...aku mula memberi ruang kepada lelaki itu untuk mengenali diri aku... Lagipun akukan still single lagi kan...huhuhuu...Tapi yang pasti, aku biarkan masa menentukan segalanya...biar Allah menentukan jodoh .....
Aku masihkan rindukan masa lalu aku... masa aku mula-mula mengenal dunia..terlalu banyak aku lepaskan peluang lalu...pelusng untuk aku terus bersinar dalsm hidup aku...Kerana taat dan setia, aku lepaskan segalanya demi kasih....tapi ape yang aku dapat?? Nothing...Aku ada kalanya terasa kesal...tspi apa kan daya...semus itu dah menjadi sejarah dan setiap yang berlaku ada khimahnya....Sejarah yang pernah berlaku dalam kehidupsn kits ada khimah disebalik kejadian itu...hanya kita perlu memahami dan redha dengan ape yang terjadi...dan jadikan ia satu kenangan atau sejarah masa lampau.. Tak perlulah mencari puncanya sedangkan kita telah mengetahui bahawa diri kita ini sememangnya tidak sempurna di mata Tuhan...aps yang lahir dari setiap sudut itu yang terbaik hanya dari Allah...dan yang buruk itu datang dari kita...manusia...yang sempurna ciptaanNya dan cacat dari segi kelakuan kita...
Jadi.. Tak perlulah kita menuding jari siapa yang benar dan siapa yang salah...biarlah kita sentiasa munasabah diri ini dan mencari ketenangan dalam diri ini dan kehidupan ini...
Salam dariku...yang sentiasa mencari diri ini....

Jumaat, 11 Mac 2011

11 Mac 2011 - Da lama tak update.....im sorry.....

  Dah lama aku tak update blog nie. Sorry larr, sejak akhir-akhir nie aku sibuk sikit. Dengan rumah lagi and nak cari keje baru lagi. Sekarang nie aku kembali ke tempat yang telah lama aku tinggalkan...tempat yang sering memberi seribu kenangan pahit yang berlaku dalam hidup aku sejak Abah takde...tapi aku gagahkan diri aku dan melawan arus kesakitan aku dengan semangat yang ada. Aku dah jadi tak kisah sangat dengan semua tu...bagi aku takde yang lebih penting selain hidup aku sekarang nie.Aku rasa dah 4 bulan aku tanam anggur...terasa rimas lah pulak bila asyik duk umah jer...
  Minggu depan aku akan start cari keje baru...Doakan aku yang terbaik dan aku mahu yang terbaik buat diri aku dan keluarga aku...hmm....aku rasa cam susah lak nak masuk balik keje hotel kalau aku dah bertudung..terutama sekali, 5 star hotel. hmm....doakan aku ya.....
  OK lah...lain kali aku update lagi if aku ada masa...see ya...