Bila hp aku berbunyik jer aku terus tgk hp aku tu... Rupe2nyer da 10/10/2011....astaga......ulang tahun Ayahanda.... Sepanjang ari aku dalam bilik and tido. Kepala aku asyik teringatkan kata2 ayahanda aku.. Setiap peristiwa yang pernah berlaku kat Johor dulu and masa aku pernah bergaduh dengan dia. Terasa nak menangis pun ya...sebab tu aku tido...Aku tak mo menangis.... Tapi...bila aku pandang jer tarikh nie masa keje,hati aku sebak sgt. Hati aku betul2 nak menangis.... Da genap 2 tahun Abah tinggal kan aku.. Hati nie tak berhenti2 berdoakan kesejahteraan rohnya dan Bonda. Aku rindukan Abah....walau ada ketikanya aku betul2 perlukan nasihat dan kekuatan semangat dari dia. Lebih2 lagi sekarang aku macam nie.. Aku betul2 sebak sangat... Tapi takde sape pun yang tau...Hanya Allah jer tau ape yang aku rasa sekarang...
Dua tahun abah pergi....2 tahun juga genap aku kehilangan cinta.....sepanjang 2 tahun nie....aku banyak habiskan masa aku dengan mencari kembali diri yang kian pudar. Semangat yang kian pudar dari diri ini. Tiada sokongan menjadi tulang belakang utk aku teruskan kehidupan. Aku tak nafikan, aku perlukan seseorang dalam hidup aku.... mungkinkah akan terjadi..? satu persoalan yang masih lagi dalam benak aku. masih ada ker lelaki yang boleh aku percayai dan buat aku jatuh cinta sekali lagi....? Hakikat sekarang lelaki yang aku jumpe hanyalah Jantan semata....semua nak beralaskan nafsu sebelum bercinta...
Aku tahu setiap kejadian tu berlaku ada sebabnya...dan ada juga hikmahnya. Allah berikan dugaan itu kerana kasihNya pada hambaNya. aku tak nafikan semua itu... Setiap apa yang terjadi, aku redha akan ketentuanNya. Aku redha dengan jodohku..aku redha dengan takdirku... Aku hanya mampu berdoa, semoga Allah kurniakan aku satu jodoh yang boleh membimbing aku dan mendidik aku serta menerima aku seadanya...itu yang aku doakan setiap hari... Biarlah cinta itu hadir kerana Allah....itu yang aku mahukan... Aku nak merasakan getaran cinta yang Allah berikan pada aku bila aku menatap mata lelaki itu. Itu yang aku inginkan...
Semoga Abah and Mak bahagia di samping Allah......akak sentiasa rindukan Abah and Mak.....sentiasa dalam hati ini.....Amin...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan