Assalamualaikum...
Seperti alasan yang sama akan aku ucapkan...sibuk keje sampai takde masa nak update blog aku nie ha...huhuhu...sorry sorry n sorry bebanyak. Sejak 2 menjak nie aku banyak menyendiri dan sibukkan diri aku dengan keje. Dan juga sekarang nie aku jarang sekali hubung dengan adik2 aku. Bukan bermaksud aku nak lupakan diaorang tapi aku nak betulkan diri aku yang aku rasa makin lama makin hanyut entah kemana. Aku sendiri cam tak pasti kemana arah tuju aku. Usia aku kini makin meningkat. Aku masih lagi sendirian.. Dah berpuluh soalan cepu emas, gangsa or perak aku dah dapat setiap kali aku jumpe orang or balik kampung. Tak kurang juga meng'offer'kan kehidupan kat tempat baru cam kt JB. Hadoi.... kenapa larr korang perlu nak mendesak aku berterusan begini...?
Kadang2 tu aku tak faham, kenapa susah sgt orang nak faham ape yang pernah aku lalui dulu. Bukan aku nak reject mentah2...tapi sesetengah perkara tu aku perlu pertimbangkan... Aku tak mahu kehidupan aku terumbang ambing and aku dijadikan kambing hitam lagi... yang paling menyedihkan kata adik-bradik aku, adalah beban pada depa semua. Aku tak minta pun korang tanggung kami nie...Selama nie, Bonda n Abah dah ajar kami hidup berdikari and sentiasa rendah diri dengan ape yang kami dapat. Kami bersyukur dengan kehidupan kami lalui sepanjang Bonda n Abah ada. Setiap rezeki kami ada, kami tak pernah lupakan keberkatan Allah pada keluarga kami.
Sepanjang hayat aku, aku mahu yang terbaik buat diri aku sendiri. Jika aku ada kemampuan, aku nak tanggung adik2 belajar tinggi. Tapi aku sedar yang aku tak mampu buat demikian coz aku sendiri tak dapat ape yang aku mahukan. Aku cuba buatkan yang terbaik untuk diri ini. Sepertimana aku pernah katakan dulu. Aku sedar aku bukan adik n kakak yang baik, tapi aku sentiasa mahukan kehidupan adik2 n abg2 aku baik dalam semua aspek.
AKU MMG BUKAN KAKAK N ADIK YG BAIK..........................aku sentiasa igt itu.....selagi hayat aku ada..selagi itu aku akan igt,......aku bukan baik walaupun aku pernah berikan kebaikan kepada keluarga aku. Semua nie takkn patahkan semangat aku dlm kehidupan. Aku sentiasa berdoa....Adik, kak cik selalu dilindungi dan dirahmati Allah.... Alg and atih, diberi sejuta kerahmatan... itu doa aku...setiap hari, setiap saat....aku sentiasa mendoakan semuanya..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan