Hari nie last keje malam.. kena lak terpaksa train budak baru, An...so far ok larr...walaupun aku terpaksa bersabar dgn karenah dia yang ada kalanya tak pernah serius dalam ape yang aku cakap. Tapi aku yakin, dia boleh buat.. Setiap orang punya kelebihan dan kelemahan.. kelebihan itu digunakan sebagai asas untuk maju dan kelemahan pula dijadikan sebagai pedoman untuk kita perbaiki diri dalam menjalani kehidupan.
Manusia adalah ciptaan yang paling sempurna tetapi sikap manusia tak pernah sempurna, jadi... jangan lah kita angkuh dengan apa yang kita ada dan jangan sesekali meninggi diri. itu yang aku selalu bagi tau pada new comer seperti An... Aku juga tidak sempurna sikapnya dan aku selalu meminta maaf jika ada kesilapan yang aku buat sepanjang aku menjalankan tugas aku. Aku bukan nak meninggi kan diri ini tetapi itu cara aku untuk memperbaiki diri... Bonda selalu pesan.... sentiasa ikhlas dalam menjalankan tugas...Ayahanda juga pesan, amanah dan jujur dengan ape yang kita lakukan semasa bertugas... buat yang terbaik dan sebaik mungkin dalam melaksanakan tugas... Semua itu aku pegang menjadi pedoman aku dalam kehidupan. itu membuatkan aku terus berusaha memperbaiki diri ini.
Semoga segala nya berjalan dengan lancar...Amin
Tiada ulasan:
Catat Ulasan