Isnin, 16 Mei 2011

Ibor Reza - Berdiri Seorang Perindu

16 May 2011

  Hari nie hari guru... Selamat Hari Guru buat semua guru yang pernah mendidik aku dulu. Da terlalu lama aku tinggal kan alam persekolahan.. Tak lama lagi usia ku akan ke angka 27 tahun. terasa terlalu lama aku menyendiri. Kalau usiaku begini, aku sepatutnya sudah punya anak.. sekurang-kurangnyer 2 orang.hehehe..Kadang-kadang aku cemburu juga bila tengok anak2 kecil berlari atau berjalan...apatah lagi masih lagi dalam pangkuan. Geram betul aku tengok anak kecil.
 Takpe lah...ada rezeki, Allah akan berikan yang terbaik buat diri ini. Itu yang pasti.. Aku redha akan ketentuan Allah berikan pada aku. =) aku hanya mampu tersenyum dalam meniti kehidupan ini. Semua yang terjadi ada hikmahnya dan aku pasti ada terbaik menanti aku di sana. Aku sentiasa mendoakan yang terbaik. Amin..

Ahad, 15 Mei 2011

Ost Na O Mei Terakhir-Mahkota band- (lirik)

15 May 2011 - Ape yang special ek??

 Hari nie hari jadi adik aku, Aya yang ke 21 tahun.. Alhamdulillah, dia kini semakin dewasa dalam menjalani kehidupan dia. Aku hanya mendoakan yang terbaik buat dirinya kini dan selamanya.
 Untuk yang terakhir kali, aku hanya mahukan yang terbaik buat keluarga aku. Meskipun kini aku seakan samar dalam cinta aku, tapi aku yakin akan ketentuan yang Allah berikan pada aku. Pasrah akan segalanya. Hanya Kau yang maha Mengetahui segala yang telah Kau takdirkan. Aku hanya mampu berdoa dan cuba memperbaiki diri ini demi Bonda. Aku mahu yang terbaik buat keluarga aku... Yang terbaik untuk Bonda sepertimana dia melakukan yang terbaik untuk ku.
 Selepas ini, siapa yang berjaya mengetuk pintu hati ini dan menyintai aku seadanya setulus hati... dia yang akan miliki hati ini...untuk selamanya...

Dayang Nurfaizah - Andai Ku Tahu

14 May 2011

 Dah lama tak update blog nie...huhuhu...i'm so sorry... sejak menjak nie aku sibuk sikit kerja and ada masanya aku tak sempat nak update semuanya sekali. Alhamdulillah, kehidupan kini lebih tenang seperti biasa. Aku banyak sibukkan diriku dengan kerja dan benda lain untuk buat aku lupakan peristiwa yang menyakitkan hati nie. Aku akui, aku banyak habiskan masa aku bersendirian dalam bilik dan sekali sekala aku keluar bertemu dengan dia. Hari nie aku offday dan aku terlalu rindukan dia...hurmmm... sedangkan baru jer minggu lepas bertemu dengan dia di sana. Hehehhe...rindu nak bermanja dengan dia.... =)
 Kerja cam biasa... tak ada yang istimewanya kerja aku nie.. Gaji hanya cukup makan untuk menampung kos kehidupan aku dan keluarga. Tak ada siapa yang tahu bagaimana aku nak hidup dengan gajiku yang kecil. Tapi aku tak pernah ambil kisah dengan ape yang berlaku dalam hidup nie. Ape yang pasti, aku teruskan hidup demi Bonda.. Aku mesti teruskan hidup nie... itu menjadi kekuatan aku sejak aku hidup sendiri tanpa orang yang aku cintai. Aku bersyukur, Allah masih sayangkan diri ini dan beri peluang pada diri ini menjalani kehidupan seperti yang aku inginkan.
 Namun, jauh dari sudut hati ini.... aku terlalu dambakan kasih.. terlalu rindukan kasih yang pernah membuatkan diriku bahagia. Tapi aku tahu..segalanya adalah ketentuan Allah.. Dia lebih mengetahui apa yang terbaik buat diri ini dalam kehidupan yang aku sedang jalani. Aku tak pernah rasa kecewa dengan keputusanNya. Dan aku redha akan kasihNya. Aku tak pernah jemu mendoakan yang terbaik dalam hati ini. Doakan agar aku sentiasa tenang dalam cintaNya dan kasih sayangNya.
 Hanya Kau yang mampu mengurangkan rasa kesedihan dan keperitan yang aku alami selama ini. KasihMu membuatkan aku tenang akan hidup ku. Amin....